Kosmo Digital https://www.kosmo.com.my/ Suara Kontemporari Thu, 09 Apr 2026 11:43:43 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.0.11 https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2020/07/cropped-kosmo-1-1-32x32.png Kosmo Digital https://www.kosmo.com.my/ 32 32 186124564 Bayar hampir RM100 seorang anak https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/bayar-hampir-rm100-seorang-anak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayar-hampir-rm100-seorang-anak Fri, 10 Apr 2026 01:23:06 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928787

MELAKA – Ibu bapa di negeri ini terasa terhimpit selepas pe­ngusaha van sekolah mula menaikkan tambang perkhidmatan mereka ­sehingga mencecah hampir RM100 bagi seorang anak susulan kenaikan harga diesel. Kenaikan itu sekali gus membebankan ibu bapa yang tiada pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan tersebut bagi memastikan rutin persekolahan anak berjalan lancar. Seorang pekerja swasta, Mi­mie ... Read more

The post Bayar hampir RM100 seorang anak appeared first on Kosmo Digital.

]]>

MELAKA – Ibu bapa di negeri ini terasa terhimpit selepas pe­ngusaha van sekolah mula menaikkan tambang perkhidmatan mereka ­sehingga mencecah hampir RM100 bagi seorang anak susulan kenaikan harga diesel. Kenaikan itu sekali gus membebankan ibu bapa yang tiada pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan tersebut bagi memastikan rutin persekolahan anak berjalan lancar. Seorang pekerja swasta, Mi­mie Azura Abu Bakar, 45, berkata, dia kini membayar RM190 sebulan bagi dua anaknya berusia 12 dan sembilan tahun yang menaiki van ke sekolah. “Kenaikan itu…

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA


1 Bulan

1 Bulan / RM2.99

Sehari hanya RM0.10

The post Bayar hampir RM100 seorang anak appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928787
Lagi panas, lagi umphh.. https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/lagi-panas-lagi-umphh/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lagi-panas-lagi-umphh Fri, 10 Apr 2026 01:17:32 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928758

KANGAR – Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara pada masa ini bukan sahaja mempercepatkan proses kematangan buah mangga harumanis, malah meningkatkan kandungan gula sekali gus menghasilkan rasa lebih manis. Pengarah Pertanian Perlis, Hafizuddin Othman berkata, fenomena tersebut memberi ke­lebihan kepada petani sekiranya tanaman tersebut diurus dengan baik seperti menyediakan sumber air yang mencukupi. Katanya, cuaca ... Read more

The post Lagi panas, lagi umphh.. appeared first on Kosmo Digital.

]]>

KANGAR – Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara pada masa ini bukan sahaja mempercepatkan proses kematangan buah mangga harumanis, malah meningkatkan kandungan gula sekali gus menghasilkan rasa lebih manis. Pengarah Pertanian Perlis, Hafizuddin Othman berkata, fenomena tersebut memberi ke­lebihan kepada petani sekiranya tanaman tersebut diurus dengan baik seperti menyediakan sumber air yang mencukupi. Katanya, cuaca panas berterusan meningkatkan proses fotosintesis akibat pendedahan cahaya matahari yang tinggi. “Keadaan itu turut meningkatkan kandungan gula dalam buah, sekali gus menghasilkan rasa yang lebih……

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA


1 Bulan

1 Bulan / RM2.99

Sehari hanya RM0.10

The post Lagi panas, lagi umphh.. appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928758
‘Suami bijak atur, kami shopping setiap Jumaat’ https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/suami-bijak-atur-kami-shopping-setiap-jumaat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=suami-bijak-atur-kami-shopping-setiap-jumaat Fri, 10 Apr 2026 01:01:18 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928821

PETALING JAYA – Kisah dua lelaki berkahwin tiga dan empat yang disiarkan Kosmo! baru-baru ini membuatkan seorang wanita tampil berkongsi kisah hidupnya yang berpoligami dengan menjadi isteri ketiga. Majidah Zamani, 28, berkata, se­galanya bermula apabila kawan baiknya yang juga isteri pertama suaminya, Tuan Amer meminangnya untuk dijadikan madu sekali gus menjadi bukti keharmonian luar biasa ... Read more

The post ‘Suami bijak atur, kami shopping setiap Jumaat’ appeared first on Kosmo Digital.

]]>

PETALING JAYA – Kisah dua lelaki berkahwin tiga dan empat yang disiarkan Kosmo! baru-baru ini membuatkan seorang wanita tampil berkongsi kisah hidupnya yang berpoligami dengan menjadi isteri ketiga. Majidah Zamani, 28, berkata, se­galanya bermula apabila kawan baiknya yang juga isteri pertama suaminya, Tuan Amer meminangnya untuk dijadikan madu sekali gus menjadi bukti keharmonian luar biasa dia bersama tiga wanita lain. Katanya, hubungan akrab dia dengan isteri pertama, Beela bermula sejak sebelum dia secara rasmi menjadi ahli keluarga tersebut. “Beela sendiri…

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA


1 Bulan

1 Bulan / RM2.99

Sehari hanya RM0.10

The post ‘Suami bijak atur, kami shopping setiap Jumaat’ appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928821
EPL: Lampard bakal kembali ke Chelsea https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/epl-lampard-bakal-kembali-ke-chelsea/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=epl-lampard-bakal-kembali-ke-chelsea Fri, 10 Apr 2026 01:00:35 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928691

LONDON – Legenda Chelsea, Frank Lampard kembali dikaitkan dengan mengemudi kelab lamanya itu selepas berjaya membimbing Coventry City berada pada prestasi terbaik ketika ini. Lampard sedang mencuri perhatian bersama Coventry apabila hampir membawa kelab itu kembali ke EPL dengan menerajui saingan Liga Kejuaraan dengan kelebihan 12 mata di puncak saingan. Kejayaan tersebut turut membuka ruang ... Read more

The post EPL: Lampard bakal kembali ke Chelsea appeared first on Kosmo Digital.

]]>

LONDON – Legenda Chelsea, Frank Lampard kembali dikaitkan dengan mengemudi kelab lamanya itu selepas berjaya membimbing Coventry City berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Lampard sedang mencuri perhatian bersama Coventry apabila hampir membawa kelab itu kembali ke EPL dengan menerajui saingan Liga Kejuaraan dengan kelebihan 12 mata di puncak saingan.

Kejayaan tersebut turut membuka ruang untuk pengendali itu dikaitkan semula dengan Chelsea, terutama ketika kedudukan pengurus semasa, Liam Rosenior dilihat agak goyah dan semakin sukar.

Bekas pemain Manchester United, Nicky Butt berpendapat, Lampard kini jauh lebih matang berbanding ketika kali pertama mengendalikan Chelsea.

“Dia kini jurulatih berbeza dengan lebih pengalaman. Jika kembali ke Chelsea, saya fikir dia mampu melakukan tugas dengan lebih baik,” jelasnya.

Sementara itu, bekas pemain Arsenal, Ray Parlour yang percaya Lampard tidak akan menolak peluang kembali ke EPL, bukan sahaja untuk mengemudi Chelsea tetapi sekiranya mendapat tawaran lain biarpun daripada musuh The Blues sekali pun.

“Ini adalah pekerjaan yang Lampard tidak mampu tolak. Jika ada tawaran daripada Tottenham sekali pun, dia perlu menerimanya,” katanya.

Dengan minat beberapa kelab besar mula muncul, masa depan Lampard kini kembali menjadi perhatian, sama ada kekal setia dengan projek di Coventry atau mencuba nasib bersama kelab lain. – AGENSI

The post EPL: Lampard bakal kembali ke Chelsea appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928691
‘Buat filem sendiri, mestilah saya pun dapat berlakon sekali’ https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/buat-filem-sendiri-mestilah-saya-pun-dapat-berlakon-sekali/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buat-filem-sendiri-mestilah-saya-pun-dapat-berlakon-sekali Fri, 10 Apr 2026 01:00:03 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928633

LEBIH separuh usia didedikasikan kepada dunia lakonan, sedikit pun tidak pernah terdetik kekesalan dalam jiwa aktor Aedy Ashraf mengenangkan sisi hitam dan kesukaran yang dilalui sehingga ke hari ini. Seawal sekolah rendah sudah beraksi di depan kamera, kini selepas mencecah umur 33 tahun pemilik nama lengkap Mohammad Addy Ashraf Rosmadi itu bersyukur dapat duduk di ... Read more

The post ‘Buat filem sendiri, mestilah saya pun dapat berlakon sekali’ appeared first on Kosmo Digital.

]]>

LEBIH separuh usia didedikasikan kepada dunia lakonan, sedikit pun tidak pernah terdetik kekesalan dalam jiwa aktor Aedy Ashraf mengenangkan sisi hitam dan kesukaran yang dilalui sehingga ke hari ini.

Seawal sekolah rendah sudah beraksi di depan kamera, kini selepas mencecah umur 33 tahun pemilik nama lengkap Mohammad Addy Ashraf Rosmadi itu bersyukur dapat duduk di kerusi penerbit.

Biar bertatih sehingga berdirinya Alpha 47 Films, syarikat produksi tersebut mengorak langkah lebih lebar dengan menerbitkan filem aksi, Tarung: Unforgiven.

Akuinya, langkah berani tampil sebagai penerbit filem adalah bersandarkan keinginannya untuk mencabar diri selepas sekian lama bergelar pelakon.

“Boleh dikatakan sudah agak lama juga saya dalam industri sebagai pelakon. Jadi saya nak buat sesuatu yang saya rasa belum pernah dilakukan iaitu menerbitkan filem.

“Alpha 47 Films sudah ditubuhkan lama bermula dengan video korporat serta iklan komersial, kiranya Tarung: Unforgiven merupakan peralihan besar buat saya sendiri, dari pelakon kepada produser.

“Memang secara peribadi, saya sudah lama menunggu saat ini. Tentu sahaja mencabar kerana saya memakai dua topi iaitu pelakon dan penerbit, tetapi hasilnya berbaloi,” katanya kepada HibGlam.

Kongsi Aedy lagi, awalnya dia sendiri ingin mengarahkan filem tersebut tetapi berubah fikiran selepas mempertimbangkan beberapa perkara terutama tanggungjawab selaku produser.

Katanya, nyata itu keputusan terbaik apabila sutradara yang diamanahkan memberi sentuhan kepada Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid melunaskan kerja dengan sempurna.

“Saya mempunyai impian duduk di kerusi pengarah, tetapi apabila berada di posisi penerbit, hakikatnya ini tanggungjawab yang jauh lebih besar.

“Tanggungjawab penerbit melibatkan keseluruhan proses daripada awal sampai ke penghujung, bukan sekadar bahagian kreatif,” ujarnya.

Inspirasi

Pada masa sama, dia juga mahu mencabar diri selain menyuntik inspirasi kepada rakan seperjuangan lain agar berani meneroka potensi diri.

“Kalau saya boleh buat filem sebegini, kenapa orang lain tak boleh buat? Saya rasa ramai lagi anak seni berbakat di luar sana, cuma mungkin mereka belum ada peluang,” katanya.

Tambah bintang filem Kahar: Kapla High Council itu, lakonan tetap menjadi pilihan pertama walaupun sudah bergelar penerbit.

“Berlakon masih lagi cinta pertama saya. Mustahil untuk saya berhenti berlakon tapi jika saya ada idea dan disokong pasukan yang solid, saya boleh hasilkan filem lain.

“Kalau saya yang buat filem baharu, mestilah saya pun dapat berlakon sekali,” jelasnya.

Mengenai watak dalam filem yang bakal menemui penonton pada 7 Mei nanti, Aedy menggalas karakter Isa iaitu remaja yang bergelut dengan luka emosi serta trauma masa lalu.

Selain Aedy, naskhah berkenaan turut membariskan gandingan pelakon popular seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

Tarung: Unforgiven mengisahkan bekas juara silat, Hatta lakonan Mierul yang diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Dia kemudian dia terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, tanpa menyedari pihak lawan merupakan individu rapat dengannya satu ketika dahulu.

The post ‘Buat filem sendiri, mestilah saya pun dapat berlakon sekali’ appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928633
Sayur berlubang lebih selamat – Peniaga https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/sayur-berlubang-lebih-selamat-peniaga/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sayur-berlubang-lebih-selamat-peniaga Fri, 10 Apr 2026 00:45:51 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928784

CAMERON HIGHLANDS – Peniaga sayur di Kea Farm di sini memilih untuk menjual sayur yang sedikit berlubang atau tidak sempurna kerana dikatanya tidak menggunakan racun perosak berlebihan, sebaliknya ­me­ngutamakan baja organik. Seorang peniaga, Shamala Devi, 55, berkata, beliau lebih cenderung mengambil bekalan daripada pekebun kecil yang menanam sayur di sekitar kediaman mereka berbanding ladang berskala ... Read more

The post Sayur berlubang lebih selamat – Peniaga appeared first on Kosmo Digital.

]]>

CAMERON HIGHLANDS – Peniaga sayur di Kea Farm di sini memilih untuk menjual sayur yang sedikit berlubang atau tidak sempurna kerana dikatanya tidak menggunakan racun perosak berlebihan, sebaliknya ­me­ngutamakan baja organik. Seorang peniaga, Shamala Devi, 55, berkata, beliau lebih cenderung mengambil bekalan daripada pekebun kecil yang menanam sayur di sekitar kediaman mereka berbanding ladang berskala besar. Katanya, kebanyakan pekebun kecil menghantar sayur dalam kuantiti kecil, sekitar lima kilogram bagi setiap jenis dan mengamalkan penggunaan baja organik. “Antara baja digunakan ialah……

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA


1 Bulan

1 Bulan / RM2.99

Sehari hanya RM0.10

The post Sayur berlubang lebih selamat – Peniaga appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928784
‘Ikut logik memang tidak cukup, tetapi ada sahaja rezeki yang datang’ https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/syahdu-aidilfitri-rumah-titian-kaseh-tiga-dekad-mak-pah-curah-kasih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=syahdu-aidilfitri-rumah-titian-kaseh-tiga-dekad-mak-pah-curah-kasih Fri, 10 Apr 2026 00:45:47 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928770

DALAM kehidupan, tidak semua orang dilahirkan dengan keberuntungan dan dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Ada kanak-kanak yang memiliki jalan hidup sedikit berbeza dan membesar tanpa kasih sayang ibu bapa. Namun, dunia tidak terlalu kejam buat anak-anak ini kerana ada insan yang masih ambil peduli akan mereka. Rumah Titian Kaseh (RTK), Titiwangsa, Kuala Lumpur ... Read more

The post ‘Ikut logik memang tidak cukup, tetapi ada sahaja rezeki yang datang’ appeared first on Kosmo Digital.

]]>

DALAM kehidupan, tidak semua orang dilahirkan dengan keberuntungan dan dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Ada kanak-kanak yang memiliki jalan hidup sedikit berbeza dan membesar tanpa kasih sayang ibu bapa. Namun, dunia tidak terlalu kejam buat anak-anak ini kerana ada insan yang masih ambil peduli akan mereka. Rumah Titian Kaseh (RTK), Titiwangsa, Kuala Lumpur merupakan salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cakna dengan nasib insan yang kurang bernasib baik dengan menyediakan tempat untuk mereka berlindung. Pengasasnya, Sharifah Adlan……

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA


1 Bulan

1 Bulan / RM2.99

Sehari hanya RM0.10

The post ‘Ikut logik memang tidak cukup, tetapi ada sahaja rezeki yang datang’ appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928770
Belah sana cantik, dekat sini penuh semak https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/belah-sana-cantik-dekat-sini-penuh-semak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=belah-sana-cantik-dekat-sini-penuh-semak Fri, 10 Apr 2026 00:45:19 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928785

REMBAU – Antara dua darjat. Itu yang boleh disimpulkan keadaan kawasan rekreasi Lubuk China di sini yang jauh berbeza dengan kawasan yang mempunyai nama sama di negeri jiran iaitu Melaka yang dipisahkan oleh Sungai Linggi. Kawasan rekreasi dina­makan Dataran Dato’ Shabandar Lubok China yang dibangunkan dengan kos lebih RM3 juta kelihatan tidak terurus dan dibiarkan ... Read more

The post Belah sana cantik, dekat sini penuh semak appeared first on Kosmo Digital.

]]>

REMBAU – Antara dua darjat. Itu yang boleh disimpulkan keadaan kawasan rekreasi Lubuk China di sini yang jauh berbeza dengan kawasan yang mempunyai nama sama di negeri jiran iaitu Melaka yang dipisahkan oleh Sungai Linggi.

Kawasan rekreasi dina­makan Dataran Dato’ Shabandar Lubok China yang dibangunkan dengan kos lebih RM3 juta kelihatan tidak terurus dan dibiarkan dalam keadaan semak samun, berbeza dengan Lubuk Cina di seberang sungai yang kelihatan lebih cantik dan terurus.

Pengerusi Kelab Belia Legasi Anak Rembau, Akmal Noradzmi Abd Rahim, 35, berkata, Dataran Dato’ Syahbandar Lubok China itu dibina pada 2006 oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pusat perniagaan.

Bagaimanapun katanya, antara sebab utama lokasi tersebut terbiar adalah disebabkan tempat parkir kenderaan agak terhad menyebabkan tidak ramai pengunjung datang.

“Saya cadangkan kemudahan yang ada dirobohkan daripada menjadi tempat mengundang aktiviti maksiat.

“Saya berharap pihak berkaitan segera mengembalikan tempat ini menjadi lokasi pengunjung memandangkan kawasan rekreasi di seberang sungai jauh berbeza dan diuruskan dengan baik,” katanya.

Seorang pemancing yang ingin dikenali sebagai Abu, 60, mahu kemudahan yang rosak dirobohkan kerana mencacatkan pemanda­ngan dan diganti dengan yang baharu.

“Sudah agak lama kemudahan ini terbiar begitu sahaja. Saya minta pihak terbabit mengambil inisiatif membangunkan semula tempat ini,” katanya.

Difahamkan, pada 2014, Majlis Daerah Rembau (MDR) pernah membuat tawaran terbuka kepada pihak yang berminat untuk mengurus dan berniaga di lokasi tersebut, namun hanya bertahan dalam masa singkat.

Bermula 2019, MDR pernah ­mengadakan perbincangan de­ngan pihak swasta yang menawarkan pembangunan semula struktur dan perniagaan di kawasan itu, tetapi perbincangan tergendala kerana kos yang agak tinggi. Sehingga kini kawasan tersebut semakin terbiar.

The post Belah sana cantik, dekat sini penuh semak appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928785
Bolehkah perempuan, lelaki cukur bulu kaki? https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/bolehkah-perempuan-lelaki-cukur-bulu-kaki/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bolehkah-perempuan-lelaki-cukur-bulu-kaki Fri, 10 Apr 2026 00:30:51 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928713

Mohon penjelasan Mufti, apakah hukum bagi orang lelaki atau perempuan mencukur bulu kaki? Jawapan: Berkenaan dengan isu mencukur bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan manusia, para ulama mengkategorikan hukumnya kepada tiga bahagian seperti berikut: Pertama, bulu-bulu yang terdapat perintah untuk mencukurnya. Di dalam nas-nas syarak, terdapat beberapa perintah yang mengarahkan supaya dicukur beberapa jenis bulu ... Read more

The post Bolehkah perempuan, lelaki cukur bulu kaki? appeared first on Kosmo Digital.

]]>

Mohon penjelasan Mufti, apakah hukum bagi orang lelaki atau perempuan mencukur bulu kaki?

Jawapan: Berkenaan dengan isu mencukur bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan manusia, para ulama mengkategorikan hukumnya kepada tiga bahagian seperti berikut:

Pertama, bulu-bulu yang terdapat perintah untuk mencukurnya.

Di dalam nas-nas syarak, terdapat beberapa perintah yang mengarahkan supaya dicukur beberapa jenis bulu yang terdapat pada anggota tubuh manusia.

Ini sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Fitrah itu ada lima atau lima perkara yang menjadi fitrah iaitu berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.

Para ulama apabila mengulas kalimah Istihdad daripada hadis di atas mengatakan, maksudnya adalah mencukur bulu kemaluan. Kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Istihdad adalah mencukur bulu kemaluan iaitu bulu-bulu yang berada di sekitarnya.” (Lihat Tahrir Alfazh al-Tanbih, Al-Nawawi, hlm. 253).

Berdasarkan hadis di atas, terdapat tiga bulu yang disebutkan untuk dipotong iaitu bulu kemaluan, bulu ketiak, dan juga misai. Maka kita diperintahkan untuk memotong, mencukur, atau mencabutnya.

Kedua, bulu-bulu yang terdapat larangan mencukurnya. Terdapat bulu-bulu yang dilarang oleh syarak untuk mencukurnya. Antaranya adalah memotong atau mencukur janggut bagi orang lelaki.

Larangan ini dapat kita lihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Cukurlah misai-misai dan biarkanlah janggut-janggut.” (Riwayat Muslim, 259)

Berdasarkan riwayat diriwayatkan daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Berbezalah kalian dengan orang musyrikin, kekalkan janggut dan potonglah misai.” (Riwayat Al-Bukhari, 5892)

Perintah Nabi SAW untuk membiarkan janggut bererti juga dalam masa yang sama Baginda melarang daripada perbuatan mencukur janggut. Ini berdasarkan sebuah kaedah fekah yang disebutkan oleh Imam Al-Haramain Abdul Malik Al-Juwaini Rahimahullah: “Perintah untuk melakukan sesuatu adalah larangan kepada perbuatan yang menyelisihinya. Manakala larangan melakukan sesuatu adalah perintah kepada meninggalkannya.

Selain itu, antara bulu-bulu yang dilarang mencukurnya juga adalah bulu kening. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda bersabda: “Allah SWT melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita mencukur bulu kening serta wanita meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.”

Kesimpulannya, hukum asal mencukur bulu kaki bagi orang perempuan atau lelaki adalah harus. Ini kerana, tidak terdapat arahan untuk mencukurnya serta tiada pula larangan menyimpannya.

Walaupun begitu, jika memotong atau mencukur bulu-bulu tersebut boleh membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) lelaki kepada wanita, maka hukumnya adalah dilarang.

The post Bolehkah perempuan, lelaki cukur bulu kaki? appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928713
Salam Perantauan 10 April https://www.kosmo.com.my/2026/04/10/salam-perantauan-10-april-2/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=salam-perantauan-10-april-2 Fri, 10 Apr 2026 00:30:50 +0000 https://www.kosmo.com.my/?p=928652

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri. Dari kejauhan, dalam kerinduan, demi kaum keluarga tercinta, demi masa depan, bangsa dan negara. Daripada: Sufi, Nazz dan Wan Lokasi: Bu Hasa Oilfield, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu  

The post Salam Perantauan 10 April appeared first on Kosmo Digital.

]]>

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri. Dari kejauhan, dalam kerinduan, demi kaum keluarga tercinta,
demi masa depan, bangsa dan negara.

Daripada: Sufi, Nazz dan Wan
Lokasi: Bu Hasa Oilfield, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu

 

The post Salam Perantauan 10 April appeared first on Kosmo Digital.

]]>
928652