PSBUUM https://library.uum.edu.my Knowledge Wisdom Service Tue, 31 Mar 2026 00:39:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.8.1 https://library.uum.edu.my/wp-content/uploads/2024/05/logo-UUM.png PSBUUM https://library.uum.edu.my 32 32 Kolaborasi Strategik PSB dan SoL: Perkasa Ekosistem Penyelidikan dan Integriti Akademik https://library.uum.edu.my/kolaborasi-strategik-psb-dan-sol-perkasa-ekosistem-penyelidikan-dan-integriti-akademik/ Tue, 31 Mar 2026 00:39:20 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157689 PSB Online, 26 Mac 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) terus mengukuhkan peranannya sebagai tulang belakang kecemerlangan akademik di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui penganjuran program Library Roadshow 2026. Program yang bersifat serampang dua mata telah menjalankan siri jelajahnya dengan sesi Meet & Greet with Academics bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL). […]

The post Kolaborasi Strategik PSB dan SoL: Perkasa Ekosistem Penyelidikan dan Integriti Akademik first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB Online, 26 Mac 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) terus mengukuhkan peranannya sebagai tulang belakang kecemerlangan akademik di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui penganjuran program Library Roadshow 2026. Program yang bersifat serampang dua mata telah menjalankan siri jelajahnya dengan sesi Meet & Greet with Academics bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Pengajian Undang-Undang (SoL).

Sesi yang berlangsung selama dua jam bukan sekadar pertemuan rutin, namun merupakan medan dialog dua hala yang kritikal dalam memahami landskap keperluan akademik masa kini yang semakin kompleks.

Pemantapan Integriti Melalui Bengkel Turnitin Aras Tinggi

Salah satu intipati penting hasil daripada pertemuan ini adalah kesedaran tinggi warga akademik SoL terhadap pemeliharaan kualiti penulisan ilmiah. Menjawab cabaran tersebut, para pensyarah telah mengusulkan penganjuran “Turnitin Workshop for Academics – Tricks & Tips”.

Berbeza dengan bengkel asas, pengisian yang dipohon memfokuskan kepada teknik lanjutan dalam menguruskan laporan keaslian karya (originality reports). Ini termasuklah cara menangani isu teknikal dalam peratusan kesamaan (similarity index) serta tip efektif bagi membantu pensyarah memantau kualiti tesis dan kertas penyelidikan pelajar dengan lebih efisien dan tepat.

Memahami Selok-belok Dunia Penerbitan dan Repositori Digital

Sesi soal jawab yang interaktif turut memberi tumpuan kepada ekosistem penerbitan digital yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan penyelidik. Antara perkara utama yang dikupas termasuklah:

Pertamanya, penjelasan mendalam mengenai garis masa dan status artikel ‘waiting to be indexed’ serta ‘publication in press’. Maklum balas ini penting bagi membantu ahli akademik merancang pelaporan prestasi penyelidikan (KPI) mereka dalam pangkalan data berimpak seperti Scopus dan Web of Science.

Keduanya, perbincangan mengenai strategi pemantapan kandungan di UUM Repository. Usaha ini bertujuan untuk memastikan setiap hasil penyelidikan warga SoL dapat diakses secara global, seterusnya meningkatkan sitasi dan reputasi universiti di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), PSB turut memberi perhatian kepada kemudahan capaian Kertas Soalan Peperiksaan Tahun Lepas (Past-Year Exam Papers). Inisiatif pendigitalan rujukan ini dilihat mampu memberikan kelebihan kompetitif kepada pelajar dalam mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima, PSB komited untuk mengoptimumkan siri latihan dan kualiti perkhidmatan sokongan bagi memenuhi aspirasi warga akademik SoL. Iltizam jitu ini mencerminkan betapa pentingnya jalinan kerjasama antara perpustakaan dan pusat pengajian sebagai pemangkin kepada kegemilangan akademik serta pemantapan ekosistem penyelidikan di UUM.

Disediakan oleh: Zarith Sofea Zaharin
Gambar oleh: Zarith Sofea Zaharin

The post Kolaborasi Strategik PSB dan SoL: Perkasa Ekosistem Penyelidikan dan Integriti Akademik first appeared on PSBUUM.

]]>
Rungkai Seluk-beluk Perundangan: PSB Anjur Bengkel Intensif Bersama LexisNexis https://library.uum.edu.my/rungkai-seluk-beluk-perundangan-psb-anjur-bengkel-intensif-bersama-lexisnexis/ Mon, 30 Mar 2026 00:51:05 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157676 PSB ONLINE, 26 Mac 2026 – Mendepani cabaran dokumentasi perundangan yang sering dianggap rumit dan mengelirukan kini bukan lagi satu beban bagi para peserta Siri Literasi Digital baru-baru ini. Menerusi inisiatif Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), satu bengkel dalam talian bertajuk “Latihan Pangkalan Data: LexisNexis” telah diadakan bagi mengupas strategi penyelidikan undang-undang moden secara tuntas. Rungkai […]

The post Rungkai Seluk-beluk Perundangan: PSB Anjur Bengkel Intensif Bersama LexisNexis first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE, 26 Mac 2026 – Mendepani cabaran dokumentasi perundangan yang sering dianggap rumit dan mengelirukan kini bukan lagi satu beban bagi para peserta Siri Literasi Digital baru-baru ini.

Menerusi inisiatif Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), satu bengkel dalam talian bertajuk “Latihan Pangkalan Data: LexisNexis” telah diadakan bagi mengupas strategi penyelidikan undang-undang moden secara tuntas.

Rungkai Strategi Eksklusif Bersama Pakar

Sesi perkongsian ilmu ini telah dikendalikan oleh Puan Intan Salehuddin, Pengurus Kejayaan Pelanggan di LexisNexis Malaysia. Fokus utama beliau adalah untuk memberikan kefahaman mendalam mengenai platform Lexis Advance® Malaysia, sebuah gedung digital yang menjadi rujukan utama peguam, pegawai kehakiman, serta penuntut bidang undang-undang di seluruh negara.

Dalam sesi tersebut, Puan Intan turut mendedahkan beberapa teknik penting bagi membolehkan penyelidik menguasai carian peringkat lanjutan, antaranya:

Ketepatan Carian (Precision Searching): Menguasai teknik tapisan bagi mencari akta dan rang undang-undang dengan lebih spesifik.

Pengendalian Dokumen secara efisien: Strategi mengemudi rujukan kes-kes mahkamah yang kompleks bagi menjimatkan masa carian.

Pemantapan Penggunaan Platform: Memanfaatkan sepenuhnya setiap ciri pada paparan sistem bagi menjamin kualiti penyelidikan yang lebih jitu.

Evolusi Menuju Lexis+

Selain memantapkan kemahiran sedia ada, peserta turut diberi pendedahan awal mengenai evolusi platform melalui Lexis+. Teknologi generasi baharu ini bakal menawarkan integrasi ciri yang lebih lancar dan sistematik bagi memudahkan aliran kerja golongan profesional undang-undang tahap tinggi pada masa hadapan.

Bengkel ini merumuskan satu aspirasi penting buat pengamal undang-undang, iaitu untuk mengutamakan keberkesanan dalam penyelidikan bagi mengurangkan kerumitan tugas yang tidak perlu.

Hubungi Kami

Kepada warga UUM yang ingin memanfaatkan pangkalan data ini, anda boleh melayari portal rasmi di www.library.uum.edu.my. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada wakil perpustakaan, Puan Noorfauziati, di talian 04-928 3636.

Disediakan oleh: Zarith Sofea Zaharin
Gambar oleh: Zarith Sofea Zaharin

The post Rungkai Seluk-beluk Perundangan: PSB Anjur Bengkel Intensif Bersama LexisNexis first appeared on PSBUUM.

]]>
Mengupas Realiti Pahit Jenayah Rasuah Melalui Buku ‘Tersugung Dek Rasuah’ https://library.uum.edu.my/mengupas-realiti-pahit-jenayah-rasuah-melalui-buku-tersugung-dek-rasuah/ Thu, 19 Mar 2026 03:11:55 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157528 PSB ONLINE, 12 MAC – Suasana di Sudut Telaah, Aras 3, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pagi ini kelihatan agak hiba namun sarat dengan pengajaran. Program Telaah: Bedah Buku Bersama PSB kali ini bukan sekadar diskusi santai, malah ia merupakan satu suntikan kesedaran yang amat mendalam buat semua hadirin. Naskhah yang menjadi tumpuan utama […]

The post Mengupas Realiti Pahit Jenayah Rasuah Melalui Buku ‘Tersugung Dek Rasuah’ first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE, 12 MAC – Suasana di Sudut Telaah, Aras 3, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) pagi ini kelihatan agak hiba namun sarat dengan pengajaran. Program Telaah: Bedah Buku Bersama PSB kali ini bukan sekadar diskusi santai, malah ia merupakan satu suntikan kesedaran yang amat mendalam buat semua hadirin.

Naskhah yang menjadi tumpuan utama ialah “Tersugung Dek Rasuah: Pengkisahan Nyata Dari Sebalik Tirai Besi”. Seawal jam 8.30 pagi, ruang Sudut Telaah mula dibanjiri warga UUM yang tidak sabar untuk mengikuti kupasan mendalam mengenai buku ini.

Sinopsis & Kupasan Tajam Pembicara

Pembicara jemputan, Puan Norma Bt Said, memulakan sesi dengan nada yang serius namun tetap berhemah. Beliau tidak sekadar membentangkan kandungan buku, malah berjaya membawa audiens merasai pengalaman di dalam sel penjara melalui penceritaan semula kisah-kisah benar yang dipaparkan.

  • Realiti Yang Perit: Menurut Puan Norma, buku ini merupakan satu ‘tamparan’ hebat buat mereka yang memandang enteng isu integriti. Beliau menegaskan bahawa istilah “Tersugung” itu sendiri menggambarkan keadaan tersungkur atau terperangkap dalam kehinaan akibat perbuatan sendiri.
  • Kupasan ‘Bangkai Gajah’: Beliau turut menarik perhatian hadirin kepada sub-tajuk pada kulit buku: “Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru?”. Kupasan beliau sangat tajam—beliau menjelaskan bahawa walau setinggi mana sekalipun kuasa atau pengaruh seseorang, jenayah rasuah tidak akan dapat disembunyikan selama-lamanya. Lambat-laun, ‘kebusukan’ itu akan terhidu jua dan akhirnya membinasakan diri sendiri.
  • Impak Terhadap Keluarga: Antara bahagian yang paling menyentuh perasaan ialah huraian beliau mengenai penderitaan keluarga pelaku. “Bukan pelaku sahaja yang meringkuk di penjara, malah emosi dan maruah keluarga turut terjejas seolah-olah mereka juga terpenjara,” ulas beliau dengan penuh emosi.

Suasana Program

Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Muhammad Hakiim Bin Mohd Fadzil ini berlangsung dalam suasana interaktif. Kebanyakan hadirin dilihat mengangguk tanda setuju dan ada yang kelihatan sebak apabila Puan Norma menceritakan penyesalan yang dialami oleh watak-watak benar dalam naskhah tersebut.

Mesej utama yang disampaikan hari ini amat jelas: Rasuah bukan sekadar isu wang ringgit, tetapi ia melibatkan hilangnya maruah dan kebebasan dalam sekelip mata.

Disediakan oleh: Ajmal Afif Abdul Rais
Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail

The post Mengupas Realiti Pahit Jenayah Rasuah Melalui Buku ‘Tersugung Dek Rasuah’ first appeared on PSBUUM.

]]>
Majlis “Tinta Terakhir, Memoir Abadi” Cetus Inspirasi Melalui Tadabbur Surah Al-An’am https://library.uum.edu.my/majlis-tinta-terakhir-memoir-abadi-cetus-inspirasi-melalui-tadabbur-surah-al-anam/ Thu, 19 Mar 2026 03:03:23 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157526 PSB ONLINE, 15 MAC 2026 – Suasana penuh syahdu menyelubungi Auditorium 1, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) petang tadi dalam Majlis “Tinta Terakhir, Memoir Abadi” bagi meraikan persaraan wajib Ketua Pustakawan, Prof. Dr. Che Azlan Taib Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu dimulakan dengan bacaan doa yang menyentuh hati oleh Encik Mohd […]

The post Majlis “Tinta Terakhir, Memoir Abadi” Cetus Inspirasi Melalui Tadabbur Surah Al-An’am first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE, 15 MAC 2026 – Suasana penuh syahdu menyelubungi Auditorium 1, Bangunan Utama Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) petang tadi dalam Majlis “Tinta Terakhir, Memoir Abadi” bagi meraikan persaraan wajib Ketua Pustakawan, Prof. Dr. Che Azlan Taib

Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang itu dimulakan dengan bacaan doa yang menyentuh hati oleh Encik Mohd Iruan Hussain, sebelum diteruskan dengan ucapan amanat terakhir daripada Prof. Dr. Che Azlan Taib.

Mesej Terakhir: 7 Intipati Surah Al-An’am

Dalam ucapan persaraannya, beliau tidak sekadar berkongsi memori perkhidmatan, malah meninggalkan “hadiah ilmu” yang sangat berharga. Beliau mengajak seluruh warga PSB untuk menghayati 7 intipati utama daripada Surah Al-An’am sebagai panduan hidup dan kerjaya:

  1. Keesaan Allah (Tauhid): Mengingatkan staf bahawa setiap kerja di perpustakaan adalah amanah dan ibadah kepada Pencipta.
  2. Menolak Syirik dalam Niat: Keikhlasan dalam berkhidmat tanpa mengharapkan pujian manusia semata-mata.
  3. Kepentingan Ilmu & Kebenaran: Sejajar dengan peranan PSB sebagai gedung ilmu, surah ini menekankan kepentingan mencari kebenaran.
  4. Tanggungjawab Individu: Setiap staf bertanggungjawab atas tugas masing-masing di akhirat kelak.
  5. Keadilan Sosial: Kepentingan melayani semua pelanggan perpustakaan dengan adil dan saksama.
  6. Sifat Sabar dalam Ujian: Menghadapi cabaran teknologi dan perubahan zaman dengan kesabaran yang tinggi.
  7. Zikir & Syukur: Sentiasa membasahi lidah dengan syukur atas nikmat kerjaya yang diberikan.

Sanjungan Bakti

Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah daripada empat bahagian utama PSB sebagai tanda penghargaan atas kepimpinan beliau yang berjiwa besar. Kehilangan beliau pasti dirasai, namun legasi “Tinta Terakhir” ini akan terus menjadi “Memoir Abadi” di hati setiap warga PSB.

Penyampaian cenderamata juga turut disempurnakan oleh En. Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi, Pengarah Canselori UUM mewakili Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti.

Selamat bersara, Prof. Dr. Che Azlan Taib. Jasa dan ilmu Prof akan terus mengalir dalam setiap helaian naskhah di sini.

Disediakan oleh: Ajmal Afif Abdul Rais
Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail

The post Majlis “Tinta Terakhir, Memoir Abadi” Cetus Inspirasi Melalui Tadabbur Surah Al-An’am first appeared on PSBUUM.

]]>
Program Meet & Greet PSB-SQS: Platform Libat Urus Strategik Penuhi Keperluan Akademik https://library.uum.edu.my/program-meet-greet-psb-sqs-platform-libat-urus-strategik-penuhi-keperluan-akademik/ Wed, 18 Mar 2026 02:04:12 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157446 PSB ONLINE 15 March 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) terus memperkukuh peranannya sebagai hub rujukan utama universiti menerusi penganjuran program Meet & Greet (Jerayawara) bersama warga akademik dan pengurusan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS). Sesi ini berfungsi sebagai platform libat urus strategik bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa dinamik dan memenuhi keperluan khusus bidang sains […]

The post Program Meet & Greet PSB-SQS: Platform Libat Urus Strategik Penuhi Keperluan Akademik first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE 15 March 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) terus memperkukuh peranannya sebagai hub rujukan utama universiti menerusi penganjuran program Meet & Greet (Jerayawara) bersama warga akademik dan pengurusan Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS). Sesi ini berfungsi sebagai platform libat urus strategik bagi memastikan perkhidmatan perpustakaan sentiasa dinamik dan memenuhi keperluan khusus bidang sains kuantitatif.

Pertemuan yang dihadiri oleh wakil staf akademik dan pengurusan SQS ini telah membincangkan beberapa agenda utama yang menyentuh aspek penyelidikan,  kelestarian rekod dan memori korporat.

Pemerkasaan Penyelidikan Melalui Bengkel WoS

Dalam sesi tersebut, Dekan SQS, Prof Madya Dr. Nerda Zura Zaibidi memberikan penekanan terhadap kepentingan mengoptimumkan penggunaan pangkalan data Web of Science (WoS) dalam kalangan penyelidik. Menyambut baik saranan tersebut, pihak PSB menyatakan kesediaan untuk menganjurkan bengkel kemahiran maklumat yang lebih khusus bagi membantu warga SQS meningkatkan impak penyelidikan dan kualiti penerbitan di peringkat global.

Inisiatif Arkib: Melestarikan rekod dan memori korporat SQS

Satu lagi cadangan menarik yang diutarakan adalah mewujudkan ruangan atau kotak khas di Arkib PSB untuk tujuan penyimpanan rekod dan memori korporat SQS. Langkah proaktif ini bertujuan untuk memastikan dokumentasi sejarah sekolah tersimpan dengan selamat dan sistematik sebagai rujukan warisan universiti pada masa hadapan.

Komitmen Libat Urus Dua Hala yang Berterusan

Pihak pengurusan SQS menzahirkan rasa penghargaan atas inisiatif turun padang yang dilakukan oleh pihak perpustakaan. Dr. Nerda turut menyatakan bahawa pihak sekolah sangat menanti-nantikan kehadiran pasukan PSB ke SQS bagi sesi libat urus dua hala yang lebih kerap. Kekerapan pertemuan seperti ini dipercayai dapat memastikan setiap sokongan akademik yang ditawarkan oleh PSB dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga SQS.

Siri jerayawara ini merupakan manifestasi komitmen PSB dalam membina sinergi bersama warga universiti demi menjamin ketersediaan perkhidmatan yang sentiasa relevan dengan dinamika akademik masa kini.

Disediakan oleh: Zarith Sofea Zaharin

The post Program Meet & Greet PSB-SQS: Platform Libat Urus Strategik Penuhi Keperluan Akademik first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB UUM JAYAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK, ERATKAN SILATURAHIM MELALUI GOTONG-ROYONG https://library.uum.edu.my/psb-uum-jayakan-program-bubur-lambuk-eratkan-silaturahim-melalui-gotong-royong/ Tue, 03 Mar 2026 07:57:52 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157292 PSB ONLINE, 2 Mac 2026 – Suasana di Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) bertukar meriah dan berbau harum semerbak apabila warga kerja Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) berkumpul seawal jam 8.30 pagi bagi menjayakan Program Bubur Lambuk PSB. Program yang diadakan bersempena semangat kemasyarakatan ini bermatlamat utama untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja perpustakaan dalam […]

The post PSB UUM JAYAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK, ERATKAN SILATURAHIM MELALUI GOTONG-ROYONG first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE, 2 Mac 2026 – Suasana di Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM) bertukar meriah dan berbau harum semerbak apabila warga kerja Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) berkumpul seawal jam 8.30 pagi bagi menjayakan Program Bubur Lambuk PSB. Program yang diadakan bersempena semangat kemasyarakatan ini bermatlamat utama untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja perpustakaan dalam suasana yang penuh ukhuwah, melalui aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk.

Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk ini telah berlangsung pada Isnin, bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Program ini berjaya melibatkan penyertaan seramai 22 orang staf PSB, termasuk ahli urus setia, yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan inisiatif tersebut. Mereka secara kolektif bertanggungjawab menyediakan sebanyak dua kawah bubur lambuk.

Selain daripada hanya menghasilkan juadah, penganjuran Program Bubur Lambuk ini dilihat sebagai satu medan yang berkesan untuk memupuk semangat kekitaan. Jelas sekali, ia bukan sekadar aktiviti memasak tetapi berperanan penting dalam memperkukuh ikatan silaturahim dan perpaduan sesama warga kerja perpustakaan dalam suasana yang penuh kasih sayang dan ukhuwah.

Sepanjang tempoh program berlangsung, para peserta dilihat sangat bersemangat dan menunjukkan kesungguhan yang tinggi. Mereka diketuai oleh Pustakawan Kanan, Encik Norhardi Saad, yang bersama-sama menyedari kepentingan aktiviti kemasyarakatan seumpama ini dalam memupuk nilai-nilai murni.

Sebagai juadah tradisi yang sinonim dengan bulan Ramadan di Malaysia, bubur lambuk sering diagihkan secara meluas kepada orang ramai bagi tujuan hidangan berbuka puasa. Justeru, program ini juga menjadi platform bagi PSB untuk berkongsi rezeki dan kegembiraan dengan seluruh warga universiti dalam menunaikan ibadah puasa, sekali gus menyemarakkan lagi syiar Islam di kampus UUM. Bagi memastikan kelancaran kerja memasak, staf yang terlibat juga dibenarkan memakai pakaian sukan sepanjang program tersebut.

Pihak PSB berharap agar usaha murni dan semangat gotong-royong yang ditunjukkan ini mendapat keberkatan. Bubur lambuk yang telah dimasak dijangka dapat dinikmati bersama oleh seluruh warga universiti. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program penuh makna ini.

Disediakan oleh: Ajmal Afif Abdul Rais

The post PSB UUM JAYAKAN PROGRAM BUBUR LAMBUK, ERATKAN SILATURAHIM MELALUI GOTONG-ROYONG first appeared on PSBUUM.

]]>
Santapan Rohani PSB di Bulan Mulia: Kupasan Kisah Pahlawan https://library.uum.edu.my/santapan-rohani-psb-di-bulan-mulia-kupasan-kisah-pahlawan/ Tue, 03 Mar 2026 07:50:46 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157285 PSB ONLINE, 26 Februari 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menganjurkan program Telaah: Bedah Buku Bersama PSB yang berlangsung dalam suasana penuh tertib di bulan Ramadan yang mulia. Program yang bermula jam 8:30 pagi ini dihadiri oleh para staf, memenuhi Sudut Telaah, Paras 3, Bangunan Utama PSB bagi mengikuti […]

The post Santapan Rohani PSB di Bulan Mulia: Kupasan Kisah Pahlawan first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE, 26 Februari 2026 – Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menganjurkan program Telaah: Bedah Buku Bersama PSB yang berlangsung dalam suasana penuh tertib di bulan Ramadan yang mulia. Program yang bermula jam 8:30 pagi ini dihadiri oleh para staf, memenuhi Sudut Telaah, Paras 3, Bangunan Utama PSB bagi mengikuti perkongsian ilmu yang sarat dengan pengajaran hidup.

Majlis dimulakan dengan penuh keberkatan melalui bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Azman Saad, disusuli dengan sesi pengenalan yang dikendalikan oleh Puan Wan Hanis Kamarruddin selaku pengacara majlis. Meskipun para hadirin sedang menjalani ibadah puasa, suasana di lokasi tetap bertenaga dengan kehadiran para pencinta buku yang ingin mendalami naskhah antarabangsa yang terpilih pada sesi kali ini.

Tumpuan utama program adalah kupasan buku bertajuk Between A Rock and A Hard Place karya Aron Ralston, yang disampaikan oleh, Puan Mazyana Hashim. Beliau dengan mahir membawa hadirin menyelami memoir pengembaraan yang ekstrem, menceritakan detik cemas Ralston yang terperangkap selama lima hari di sebuah gaung sempit di Utah dengan tangan yang tersepit di celah batu besar.

Dalam kupasannya, Puan Mazyana menekankan aspek kelangsungan hidup (survival) dan kekuatan tekad manusia yang luar biasa apabila berhadapan dengan situasi hidup dan mati. Beliau berjaya menghidupkan naratif buku tersebut, menggambarkan bagaimana watak utama terpaksa membuat keputusan paling sukar dalam hidupnya demi menyelamatkan nyawa, sekali gus memberikan refleksi mendalam tentang nilai sebuah pengorbanan.

Keistimewaan program kali ini adalah perkaitan antara semangat buku tersebut dengan ibadah di bulan Ramadan. Naratif ketabahan Ralston dilihat sangat selari dengan tuntutan sabar dan disiplin diri yang sedang dilalui oleh umat Islam. Walaupun tanpa jamuan ringan seperti kebiasaan sesi Telaah yang lalu, pengisian “makanan minda” dan “santapan rohani” ternyata memberikan impak yang lebih besar kepada emosi dan motivasi para peserta.

Program berakhir sekitar jam 9 pagi dengan meninggalkan kesan mendalam kepada semua yang hadir. Inisiatif PSB dalam meneruskan wacana ilmu di bulan Ramadan ini membuktikan bahawa budaya membaca dan perkongsian intelektual tetap subur melangkaui kekangan fizikal. Syabas diucapkan kepada seluruh jawatankuasa penganjur atas kejayaan majlis yang penuh inspirasi ini.

Disediakan oleh: Ajmal Afif Abdul Rais
Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail

The post Santapan Rohani PSB di Bulan Mulia: Kupasan Kisah Pahlawan first appeared on PSBUUM.

]]>
“Kuasai Data Kewangan Dunia: PSB Bawa Pakar LSEG Terus ke Skrin Anda!” https://library.uum.edu.my/kuasai-data-kewangan-dunia-psb-bawa-pakar-lseg-terus-ke-skrin-anda/ Tue, 03 Mar 2026 07:41:21 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157277 PSB ONLINE, 2 Mac 2026 – Dalam usaha memperkasakan kemahiran analitik dan penyelidikan bertaraf global, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan bengkel eksklusif “Fundamental of LSEG Workspace” secara dalam talian, pagi tadi. Program yang berlangsung menerusi platform Webex ini bukan sekadar taklimat biasa, malah ia merupakan satu inisiatif strategik PSB untuk […]

The post “Kuasai Data Kewangan Dunia: PSB Bawa Pakar LSEG Terus ke Skrin Anda!” first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE, 2 Mac 2026 – Dalam usaha memperkasakan kemahiran analitik dan penyelidikan bertaraf global, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan bengkel eksklusif “Fundamental of LSEG Workspace” secara dalam talian, pagi tadi.

Program yang berlangsung menerusi platform Webex ini bukan sekadar taklimat biasa, malah ia merupakan satu inisiatif strategik PSB untuk memastikan warga universiti sentiasa berada di hadapan dalam penguasaan data kewangan antarabangsa.

Sentuhan Pakar Industri dari London

Sesi padat maklumat ini dikendalikan oleh Princess Margaja, Pengurus Kejayaan Pelanggan (Customer Success Manager) dari London Stock Exchange Group (LSEG). Beliau membawa pengalaman industri yang luas terus ke skrin komputer para peserta, merangkumi pelajar pascasiswazah, penyelidik, dan kakitangan akademik.

LSEG Workspace (dahulunya dikenali sebagai Datastream) merupakan ekosistem data yang sangat kritikal bagi penyelidik dalam bidang perakaunan, kewangan, dan ekonomi. Dalam sesi tersebut, Princess Margaja telah berkongsi pelbagai tutorial praktikal serta menunjukkan ciri-ciri terbaharu yang terdapat dalam aplikasi tersebut, antaranya:

  • Data Pasaran Kewangan: Akses kepada data masa nyata (real-time) dan sejarah bagi pelbagai kelas aset seperti saham, bon, FX, dan komoditi.
  • Alatan Penyelidikan & Analitik: Penggunaan indikator, pemodelan, dan statistik lanjutan untuk analisis data yang lebih tepat.
  • Berita Pasaran Global: Akses eksklusif kepada kandungan berita Reuters dan ribuan sumber maklumat lain.
  • Integrasi Alatan Kerja: Cara mengintegrasikan Workspace ke dalam pengurusan portfolio dan pembinaan strategi perdagangan.

Bengkel sebegini dilihat dapat mentransformasikan data mentah menjadi instrumen penyelidikan yang berimpak, sekaligus memperkasakan warga universiti dengan kemahiran analitik bagi menghasilkan kajian yang berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat global.”

Bagi warga UUM yang ingin menerokai lebih lanjut atau terlepas sesi tutorial ini, pihak perpustakaan sedia membantu melalui bimbingan rujukan lanjut. Anda boleh menghubungi unit perkhidmatan maklumat di talian 04-928 3691 untuk bantuan akses pangkalan data ini.

Disediakan oleh: ZARITH SOFEA ZAHARIN

The post “Kuasai Data Kewangan Dunia: PSB Bawa Pakar LSEG Terus ke Skrin Anda!” first appeared on PSBUUM.

]]>
UUM TEGASKAN INTEGRITI, KUALITI DALAM LANDSKAP PENERBITAN BERIMPAK TINGGI https://library.uum.edu.my/uum-tegaskan-integriti-kualiti-dalam-landskap-penerbitan-berimpak-tinggi/ Mon, 23 Feb 2026 01:55:43 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157059 PSB ONLINE, 12 Februari 2026 – Universiti Utara Malaysia (UUM) menekankan kepentingan kualiti, impak, dan integriti akademik sebagai tunjang utama dalam penerbitan. Penegasan ini dibuat melalui program ‘Guide To Publish In High Impact Journal And The Threat Of Predatory Journals’ yang berlangsung pada 12 Februari 2026, jam 10.30 pagi, di Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah […]

The post UUM TEGASKAN INTEGRITI, KUALITI DALAM LANDSKAP PENERBITAN BERIMPAK TINGGI first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE, 12 Februari 2026 – Universiti Utara Malaysia (UUM) menekankan kepentingan kualiti, impak, dan integriti akademik sebagai tunjang utama dalam penerbitan. Penegasan ini dibuat melalui program ‘Guide To Publish In High Impact Journal And The Threat Of Predatory Journals’ yang berlangsung pada 12 Februari 2026, jam 10.30 pagi, di Auditorium 2, Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB), UUM.

Program ini menampilkan Prof. Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin, Profesor Kehormat dari SOE UUM, yang menyoroti bahawa penerbitan artikel perlu bergerak daripada matlamat kuantiti kepada sumbangan ilmu yang mampu mengubah amalan dan mempengaruhi polisi kerajaan.

Kriteria dan Etika Penerbitan Berimpak Tinggi

Prof. Dr. Tengku Faekah menjelaskan bahawa penerbitan berimpak adalah kritikal untuk kelangsungan kerjaya akademik, didorong oleh keperluan ranking global, sitasi, geran, dan pemenuhan KPI negara seperti MyRA dan SETARA.

Beliau menggariskan bahawa penerbitan berkualiti tinggi dikenal pasti melalui:

  • Metrik Jurnal: Faktor Impak, CiteScore, dan Kuartil SCImago (Q1-Q4).
  • Kredibiliti Scholarly: Memerlukan metodologi yang ketat, keaslian mekanisme, dan sumbangan teoretikal yang kukuh. Penyelidikan berimpak rendah tidak mampu menghasilkan penulisan berimpak tinggi.
  • Etika Manuskrip: Penekanan diberikan untuk mengelakkan fabrikasi data, plagiarisme, dan “gift authorship”. Selain itu, Kecerdasan Buatan (AI) harus digunakan sebagai alat bantuan sahaja, bukan sebagai pengarang.

Ancaman Serius Jurnal Predatori

Amaran serius turut diberikan mengenai ancaman sindiket jurnal predatori yang berpotensi merosakkan reputasi akademik. Jurnal-jurnal ini mudah dikenal pasti melalui ciri-ciri (Red Flags) seperti:

  • Proses Pantas: Menjanjikan penerimaan artikel dalam masa yang singkat (seperti 3 hari) tanpa proses peer-review yang sah.
  • Penyasaran Agresif: Menghantar e-mel spam yang memuji-muji penulis secara melampau.
  • Ketidaktelusan: Yuran APC (Article Processing Charge) yang tersembunyi dan kewujudan lembaga editor yang tidak dikenali atau palsu.

Kesan buruk terjerumus kepada jurnal predatori adalah meluas, termasuk risiko 60% artikel mendapat sifar sitasi, mencemarkan CV penulis, dan data yang diterbitkan tidak boleh ditarik balik atau diterbitkan semula di tempat yang sah, selain pembaziran dana awam dan kerosakan reputasi institusi.

Justeru, penyelidik disarankan mengamalkan langkah verifikasi “THINK. CHECK. SUBMIT.” secara ketat. Ini termasuk mengesahkan status indexing jurnal secara langsung dalam pangkalan data utama (Scopus, Web of Science, PubMed) dan menyemak status Open Access dalam Directory of Open Access Journals (DOAJ), serta mengkaji artikel dalam isu lepas untuk menilai kualiti.

Program ini menyimpulkan bahawa penekanan harus sentiasa diberikan kepada kualiti dan integriti bagi memastikan ilmu pengetahuan yang disumbangkan mampu mentransformasikan masyarakat.

Disediakan oleh: Ajmal Afif Abdul Rais
Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail

The post UUM TEGASKAN INTEGRITI, KUALITI DALAM LANDSKAP PENERBITAN BERIMPAK TINGGI first appeared on PSBUUM.

]]>
BEDAH BUKU TUESDAYS WITH MORRIE: MENYINGKAP NILAI DAN PENGAJARAN ABADI https://library.uum.edu.my/bedah-buku-tuesdays-with-morrie-menyingkap-nilai-dan-pengajaran-abadi/ Mon, 23 Feb 2026 01:41:00 +0000 https://library.uum.edu.my/?p=157043 PSB ONLINE: 12 Februari 2026- Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan sesi bedah buku Tuesdays with Morrie karya Mitch Albom yang disampaikan oleh Cik Husnidatulanis Binti Rosli, pelajar latihan industri. Buku ini mengetengahkan nilai kemanusiaan dan pengajaran hidup melalui perbualan antara seorang profesor yang sedang sakit dan bekas pelajarnya. Pembentangan ini menyorot inti pati utama […]

The post BEDAH BUKU TUESDAYS WITH MORRIE: MENYINGKAP NILAI DAN PENGAJARAN ABADI first appeared on PSBUUM.

]]>
PSB ONLINE: 12 Februari 2026- Perpustakaan Sultanah Bahiyah (PSB) telah mengadakan sesi bedah buku Tuesdays with Morrie karya Mitch Albom yang disampaikan oleh Cik Husnidatulanis Binti Rosli, pelajar latihan industri. Buku ini mengetengahkan nilai kemanusiaan dan pengajaran hidup melalui perbualan antara seorang profesor yang sedang sakit dan bekas pelajarnya.

Pembentangan ini menyorot inti pati utama buku tersebut, termasuk kepentingan hubungan manusia sebagai sumber makna kehidupan, penerimaan terhadap kematian serta keperluan memperlahankan hidup untuk menghargai perkara kecil dan menikmati kehidupan yang sederhana. Buku ini turut menekankan nilai empati, kasih sayang dan kejujuran diri, di samping mengajak pembaca melepaskan tekanan hidup materialistik dan memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar bermakna.

Daripada pelbagai tema tersebut, turut diketengahkan beberapa moral penting seperti menghargai insan tersayang sebelum terlambat, berani mengakui perasaan sendiri, serta melakukan kebaikan kecil yang mampu memberi impak besar. Beliau menekankan bahawa kehidupan menjadi lebih bermakna apabila kita memilih untuk memberi dan berbuat baik kepada orang lain. Disimpulkan juga bahawa setiap manusia akan mati, namun tidak semua benar-benar ‘hidup’; justeru, kita perlu menjalani kehidupan dengan penuh kesedaran dan nilai kemanusiaan.

PSB akan terus menganjurkan program perkongsian ilmu seperti ini bagi memupuk budaya membaca serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai kemanusiaan melalui karya sastera.

Disediakan oleh: Siti Ainsyah Kamis
Gambar oleh: Syed Muhammad Amirul Ashraf Syed Ismail

The post BEDAH BUKU TUESDAYS WITH MORRIE: MENYINGKAP NILAI DAN PENGAJARAN ABADI first appeared on PSBUUM.

]]>